Etiqa Takaful Berhad

Tuesday 29 September 2009


PELAN JAMINAN KEWANGAN BESERTA PERLINDUNGAN BERSAMA ETIQA TAKAFUL BERHAD




LANGKAH BIJAK ANDA MENABUNG HARI INI BAGI MENJAMIN MASA DEPAN DAN KESEJATERAAN ANDA SEKELUARGA.


Kehidupan sentiasa penuh dengan RISIKO yang tidak dijangka.

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tercinta.

Adakah simpanan anda serta perlindungan yang disediakan oleh majikan anda benar-benar mencukupi bagi menampung kos perubatan, sara hidup dan pendidikan anak-anak seandainya musibah menimpa diri anda dan keluarga tercinta?

Kegagalan Merancang Kewangan mungkin akan menyebabkan anda hilang punca pendapatan sekaligus tempat bergantung.

ETIQA TAKAFUL menawarkan Pelan Perlindungan dan Simpanan beserta Kad Rawatan yang berlandaskan syariah bagi membantu merancang kewangan keluarga anda.

  • Tabung Khairat Kematian / Hilang Upaya Kekal

  • Elaun Harian Hospital

  • Pampasan Kemalangan Diri (24jam di seluruh dunia)

  • Pampasan Penyakit Kritikal

  • Tabung Pendidikan Anak

  • Simpanan untuk Persaraan

  • Jaminan Haji dan Umrah

  • Tabung Kecemasan



KEISTIMEWAAN LAIN

  • Kemudahan Pengeluaran Tahunan Tanpa RIBA

  • Pelepasan Cukai Pendapatan

  • Perkongsian Keuntungan ( 80:20)

  • Zakat Dibayar Sepanjang Tempoh Simpanan

  • Amal Jariah

  • Muamalah Islam.

Sijil takaful



ETIQA TAKAFUL BERHAD (266243-D)
Aras 19, Menara C, Dataran Maybank,
No. 1, Jalan Maarof, Bangsar
59000 Kuala Lumpur.
Etiqa Oneline : 1 300 13 8888

Assalamualaikum, salam Sejahtera,

SAYA SIJIL TAKAFUL ANDA

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Ketika ini, anda sedang melaksanakan tugas anda dengan menyediakan keperluan (makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan dan kebajikan) untuk mereka yang tersayang. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah s.w.t diharapkan semoga tidak ada musibah yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda seperti keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari nanti (hanya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda selamat disemadikan, saya akan bangkit keluar dari simpanan untuk menyambung dan menyempurnaka tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan menyediakan keperluan yang masih diperlukan oleh mereka yang anda tinggalkan. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk keluarga tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba. Apatah lagi disaat mereka amat memerlukannya.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tidak akan padam dan tetap menyerlah.

"Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan saya sebagai satu BEBANAN, ingatlah bahawa saya akan melakukan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda lebih dari apa yang anda lakukan terhadap saya "

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya pasti akan melakukan tanggungjawab saya.


Yang benar,

SIJIL TAKAFUL

ETIQA TAKAFUL BERHAD




p/s : sila hubungi sahabat saya jika terdapat sebarang pentanyaan mengenai diri saya
(Hazrina @ 012-2345240)

Salam Perkenalan Dari MFC

Assalamualaikum....dan Salam Sejahtera.

Terima kasihlah kerana sudi singgah dan bertandang ke laman MFC yang tak seberapa ni. Untuk permulaan bicara....nak jugaklah bercerita serba sedikit tentang diri saya dan juga MFC.

Saya, Hazrina @ Ena. Orang perseorangan yang memiliki dan menguruskan MFC. Senang citer...saya adalah agen @ wakil bagi syarikat insurans dan juga unit amanah.

MFC pula adalah singkatan dari 'MY FUTURE CENTRE' satu syarikat kecil yang saya tubuhkan dan daftarkan dengan SSM pada 2hb Mac 2009. MFC berurusniaga di dalam bidang insurans Am dan hayat serta unit amanah @ unit trust. Insyaallah jika diizinkan Allah...MFC akan menambah satu lagi bidang iaitu penulisan wasiat. Nama MFC ni dipilih sebab....biz yang akan dijalankan semuanya berkaitan dengan masa depan.

Insurans Am merangkumi insurans kenderaan, bangunan, perumahan, kebakaran dan lain-lain insurans.

Insurans hayat pula adalah satu perlindungan yang kita semua perlu ada sebagai perlindungan dan persediaan bagi menghadapi musibah dan risiko yang tidak kita jangkakan akan berlaku pada bila-bila masa saja.

Unit Amanah adalah salah satu dari cabang atau cara kita menguruskan kewangan kita dengan bijak.

Penulisan wasiat juga adalah sebagai satu persediaan dan juga penyelesaian kepada masalah yang akan kita tinggalkan untuk insan-insan tersayang.

Haa...kerana itulah nama MFC tu dipilih....sebab semuanya berkenaan dengan hari yang akan datang dan masa depan kita sekeluarga. Itulah namanya PERANCANGAN.

Sebenarnya saya dah lamA juga buat kerja-kerja ni tapi tidaklah pula terlintas untuk mendaftarkannya sebagai satu perniagaan sehinggalah pada tarikh MFC didaftarkan secara rasminya.

Buat masa ni...MFC hanya berurusan secara home-based dan juga mobile. Belum ada rezeki lagi untuk bukak kedai atau ofis. Masalahnya ialah main power...sebab baik insurans atau unit amanah....semuanya berurusan dengan RM. So....kalau tak handle betul2....boleh jatuh terduduk...jadi mungkin kena ambil masa sikit untuk plan bukak ofis dan cari orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan duit ringgit ni. Tapi...berhajat jugaklah nak buka ofis macam kengkawan yang lain tu....Insyaallah....doa2kan ye....



INSURANS AM




INSURANS HAYAT




UNIT AMANAH @ UNIT TRUST