Salam Perkenalan Dari MFC

Tuesday 29 September 2009

Assalamualaikum....dan Salam Sejahtera.

Terima kasihlah kerana sudi singgah dan bertandang ke laman MFC yang tak seberapa ni. Untuk permulaan bicara....nak jugaklah bercerita serba sedikit tentang diri saya dan juga MFC.

Saya, Hazrina @ Ena. Orang perseorangan yang memiliki dan menguruskan MFC. Senang citer...saya adalah agen @ wakil bagi syarikat insurans dan juga unit amanah.

MFC pula adalah singkatan dari 'MY FUTURE CENTRE' satu syarikat kecil yang saya tubuhkan dan daftarkan dengan SSM pada 2hb Mac 2009. MFC berurusniaga di dalam bidang insurans Am dan hayat serta unit amanah @ unit trust. Insyaallah jika diizinkan Allah...MFC akan menambah satu lagi bidang iaitu penulisan wasiat. Nama MFC ni dipilih sebab....biz yang akan dijalankan semuanya berkaitan dengan masa depan.

Insurans Am merangkumi insurans kenderaan, bangunan, perumahan, kebakaran dan lain-lain insurans.

Insurans hayat pula adalah satu perlindungan yang kita semua perlu ada sebagai perlindungan dan persediaan bagi menghadapi musibah dan risiko yang tidak kita jangkakan akan berlaku pada bila-bila masa saja.

Unit Amanah adalah salah satu dari cabang atau cara kita menguruskan kewangan kita dengan bijak.

Penulisan wasiat juga adalah sebagai satu persediaan dan juga penyelesaian kepada masalah yang akan kita tinggalkan untuk insan-insan tersayang.

Haa...kerana itulah nama MFC tu dipilih....sebab semuanya berkenaan dengan hari yang akan datang dan masa depan kita sekeluarga. Itulah namanya PERANCANGAN.

Sebenarnya saya dah lamA juga buat kerja-kerja ni tapi tidaklah pula terlintas untuk mendaftarkannya sebagai satu perniagaan sehinggalah pada tarikh MFC didaftarkan secara rasminya.

Buat masa ni...MFC hanya berurusan secara home-based dan juga mobile. Belum ada rezeki lagi untuk bukak kedai atau ofis. Masalahnya ialah main power...sebab baik insurans atau unit amanah....semuanya berurusan dengan RM. So....kalau tak handle betul2....boleh jatuh terduduk...jadi mungkin kena ambil masa sikit untuk plan bukak ofis dan cari orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan duit ringgit ni. Tapi...berhajat jugaklah nak buka ofis macam kengkawan yang lain tu....Insyaallah....doa2kan ye....



INSURANS AM




INSURANS HAYAT




UNIT AMANAH @ UNIT TRUST

0 comments: