Sijil takaful

Tuesday 29 September 2009



ETIQA TAKAFUL BERHAD (266243-D)
Aras 19, Menara C, Dataran Maybank,
No. 1, Jalan Maarof, Bangsar
59000 Kuala Lumpur.
Etiqa Oneline : 1 300 13 8888

Assalamualaikum, salam Sejahtera,

SAYA SIJIL TAKAFUL ANDA

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Ketika ini, anda sedang melaksanakan tugas anda dengan menyediakan keperluan (makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan dan kebajikan) untuk mereka yang tersayang. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah s.w.t diharapkan semoga tidak ada musibah yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda seperti keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari nanti (hanya Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda selamat disemadikan, saya akan bangkit keluar dari simpanan untuk menyambung dan menyempurnaka tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan menyediakan keperluan yang masih diperlukan oleh mereka yang anda tinggalkan. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk keluarga tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba. Apatah lagi disaat mereka amat memerlukannya.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tidak akan padam dan tetap menyerlah.

"Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan saya sebagai satu BEBANAN, ingatlah bahawa saya akan melakukan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda lebih dari apa yang anda lakukan terhadap saya "

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya pasti akan melakukan tanggungjawab saya.


Yang benar,

SIJIL TAKAFUL

ETIQA TAKAFUL BERHAD




p/s : sila hubungi sahabat saya jika terdapat sebarang pentanyaan mengenai diri saya
(Hazrina @ 012-2345240)

0 comments: